Alhamdulillah kami panjatkan syukur kepada Allah kerana mengurniakan kita semua peluang sekali lagi untuk bernafas dan bekerja mencari rezeki ke jalan Allah. ^_^
Berita baik lagi pagi ini. ^_^
Pihak UiTM Fakulti Perubatan telah pun memberi respon yang positif dan InsyaAllah Program Persediaan Pre-Medikal akan dijalankan di
Fakulti Perubatan UiTM Sg. Buloh
selama 8 minggu bermula pada 1 Julai sehingga 24 Ogos 2013.
Kursus Persediaan ini bertujuan untuk mendedahkan para pelajar kepada :-
- Subjek Tahun Pertama seperti Anatomi, Fisiologi, Histologi dan Biokimia.
- Peluang untuk mendalami dan membangunkan cara-cara pembelajaran yang berkesan.
- Mempelajari kehidupan di kampus, rutin belajar yang baik, komunikasi yang berkesan.
- Motivasikan diri dan membina sahsiah dan keyakinan diri untuk membentuk diri menjadi modal insan yang berguna.
- Kerja dan rutin di hospital bersama-sama doktor dan pensyarah yang bertauliah.
- Lawatan ke hospital.
Kursus persediaan ini terbuka kepada :-
- Sesiapa sahaja yang berminat untuk melanjutkan pengajian perubatan di luar negara.
- Pelajar Lepasan SPM
- Pelajar Lepasan Matrikulasi
- Pelajar yang ingin melanjutkan pengajian dalam bidang perubatan tetapi masih lagi tidak tahu samada dalam bidang perubatan, pergigian atau farmasi.
- Pelajar dari mana-mana agensi.
Sebarang pertanyaan, sila hubungi toll free
1-800-888-727.
Kami sedia melayan anda ^_^
No comments:
Post a Comment