Showing posts with label Farmasi. Show all posts
Showing posts with label Farmasi. Show all posts

Thursday, 13 March 2014

KARNIVAL PENDIDIKAN MARA 2014


Salam Jumaat semua.

Jemput hadir ke Karnival Pendidikan MARA 2014.

Kami akan menjelajah ke negeri anda. 

Kami menawarkan khidmat nasihat pendidikan kepada pelajar-pelajar yang ingin melanjutkan pengajian ke luar negara.

Bersempena dengan pelancaran Buku Ahmad Ammar, kami akan memberi buku terkini Ahmad Ammar secara percuma bagi pendaftaran pada hari Karnival.

Kaunselor sekolah disarankan untuk mewar-warkan Karnival ini kepada pelajar di sekolah bagi memberi peluang kepada mereka untuk meneroka kursus yang ada di dalam dan di luar negara.

Jumpa anda di sana!


KEEP CALM AND STUDY ABROAD







JADUAL KARNIVAL



BUKU AHMAD AMMAR TERKINI




Thursday, 6 June 2013

TAKLIMAT JUN 2013

Assalamualaikum

Kepada,
Semua pelajar dan ibubapa,
Kaunselor dan Guru-guru.
Semoga hari ini lebih baik dari hari-hari yang lain.
Dilimpahi rahmat dariNya dan
sentiasa murah rezeki.
Selamat Sejahtera.


Pada pagi yang mulia ini, ada beberapa berita baik yang hendak disampaikan.
InsyaAllah

1-  Alhamdulillah, Surat Tawaran Batch Kedua telah selamat diberikan kepada semua pelajar yang telah membuat   bayaran. Namun masih ada beberapa lagi pelajar yang masih belum mengambil Surat Tawaran Asli ini. Diharap dapat mengambilnya di pejabat QAS secepat mungkin. Pelajar yang terlibat diharap dapat menghubungi pihak QAS secepat mungkin.

2-  Alhamdulillah, kebanyakan dari pelajar QAS berjaya mendapat Sijil Sokongan Luar Negara. InsyaAllah akan diberikan pada hari Pre-Departure nanti bersama dengan dokumen penting yang lain.

3-  Syukur dipanjatkan ke Allah SWT, kerana dengan izinNya dapat kami merancang kembali Sesi Taklimat Bersama Ibubapa / Pelajar / Kaunselor / Guru Sekolah untuk memberikan sedikit sebanyak informasi terkini tentang hala tuju pendidikan terutamanya kepada pelajar lepasan SPM, mereka yang tercicir dalam panggilan UPU dan mereka yang tidak mendapat kursus yang dikehendaki dalam negara.

Di sini ingin saya kongsi JADUAL TAKLIMAT bagi BULAN JUN 2013.
Mohon yang terlibat dan berminat memberi perhatian.
Jika ini bukan panggilan anda atau bukan untuk anak anda, mungkin ini panggilan untuk saudara-mara atau sahabat handai, jiran tetangga mahupun rakan baru di Facebook.
War-warkan Sesi TAKLIMAT TERKINI ini agar semua antara kita mendapat faedah darinya.
InsyaAllah.