Wednesday, 6 March 2013

Persediaan ke Mesir dan Indonesia

Assalamualaikum semua.

Diharap semua berada dalam keadaan sihat walafiat. Jaga kesihatan ye.

Ok harini ramai juga adik2 dan ibubapa call direct line saya untuk bertanyakan tentang persediaan sebelum ke luar negara. Tak kiralah Mesir mahupun Indonesia. Terima kasih kerana sudi bertanya.

Persediaan sebelum ke luar negara amat penting bertujuan untuk mempersiapkan diri pelajar tersebut dengan ilmu-ilmu sebelum ke sesebuah negara. Tak kira ilmu itu ilmu bahasa mahupun subjek yang akan dipelajari di sana. Tidak lupa juga ilmu budaya bagi sesebuah negara tersebut.


BAHASA
Bahasa memainkan peranan yang amat penting dalam kehidupan seharian. Tanpa bahasa, agak sukar untuk kita berkomunikasi dengan orang lain. Bahasa juga melambangkan bangsa. 

Untuk ke Indonesia, tak perlu mengambil kursus bahasa kerana bahasa malaysia dan bahasa indonesia lebih kurang sama. Jangan risau untuk berkomunikasi di Indonesia. Tonton saja Sinetron di televisyen untuk memahirkan penggunaan bahasa Indonesia ^_^

Untuk ke Mesir, perlu untuk mengikuti bahasa Arab tapi tak diwajibkan untuk mengambil subjek Bahasa Arab Tinggi di sekolah. Siapa yang ada Bahasa Arab Tinggi di sekolah adalah satu bonus bagi mereka. Pelajar boleh mengikuti kursus bahasa arab yang disediakan selama 2 hingga 3 bulan. Memang takkan fasih lagi tetapi pelajar akan tahu basic arab. Bagi yang tak pernah belajar bahasa arab, jangan risau sangat. Bila ikut kursus bahasa nanti, anda dah tahu basic dan selalu praktikkan di Mesir nanti. InsyaAllah tahun ke 2 dan seterusnya dah fasih. Sentiasa bawa kamus di mana-mana ^_^



SUBJEK TAHUN PERTAMA
Mesir -Subjek tahun pertama seperti Histology, Physiology, Biochemsitry dan lain-lain lagi      adalah penting untuk para pelajar tahu serba sedikit atau basic mengenai sesuatu subjek itu (bagi lepasan SPM). Bila pelajar ada ilmu pengetahuan mengenai subjek tahun pertama, takkan ada isu culture shock @ subject shock lagi hehehe... 

Kursus 2 hingga 3 bulan yang diadakan sangat bermanfaat kerana ada praktikal di hospital sebenar dan pensyarah pula adalah doktor di Fakulti Perubatan.

Tahun ini pula, kursus persediaan Pra-Medik akan diadakan di Fakulti Perubatan UiTM.
Alhamdulillah, penat lelah berjumpa dan menunggu dekan untuk memberi kata putus akhirnya mebuahkan hasil apabila mereka bersetuju untuk menganjurkan kursus ini bagi kemudahan para pelajar di masa akan datang. "Sabar itu separuh daripada Iman" ^_^

Indonesia -Untuk ke Indonesia, tak perlu mengikuti kursus Pra-Medik kerana pada bulan Jun dan Julai,pelajar yang akan melanjutkan pengajian ke Indonesia akan mengikuti Peperiksaan Kemasukan.




BUDAYA
Setiap negara mempunyai budaya yang berlainan. Walaupun negara Islam, mereka tetap mengamalkan budaya nenek moyang mereka. Sebelum ke sesebuah negara, adalah wajar para pelajar mempelajari budaya mereka di sana. Ini bukan bertujuan untuk mengikuti budaya tersebut tetapi untuk lebih mengenali penduduk dan keadaan di sana. 


Banyak lagi perkara yang perlu diketahui oleh pelajar sebelum ke luar negara.

Nak tahu lebih lanjut? 
Suruh saja saya call atau email anda... ^_^
Di sini, saya kongsi sedikit gambar Pra-Medikal ^_^



 "AN EXPERIENCE OF A LIFE TIME" 

Pelajar yang pernah mengikuti kursus di USM, Kubang Kerian, Kelantan.



Fatin, Dayah dan Ed antara pelajar perempuan yang cemerlang 



Kerja berkumpulan. Terbaik!



Praktikal di hospital sebenar





Sebahagian dari pelajar cemerlang





Public Services


Tunggu post seterusnya ye ^_^

No comments:

Post a Comment