Showing posts with label Dentistry. Show all posts
Showing posts with label Dentistry. Show all posts

Tuesday, 17 June 2014

Pelajar Pergigian di Mesir Kemalangan

Assalamualaikum

Salam Takziah diucapkan kepada pelajar yang terlibat dan juga kepada keluarga mangsa.

Kami doakan agar roh Ummi dicucuri rahmat dan beliau ditempatkan dalam golongan solehah.
Al-Fatihah



Buat Fatin Inani bt Mohd Noh dan Siti Shahirah bt Abd Jalil, kami di sini sentiasa mendoakan agar anda sembuh. Kuatkan semangat dan sentiasa bersabar dalam segala ujian dari Allah SWT.


Thursday, 13 March 2014

KARNIVAL PENDIDIKAN MARA 2014


Salam Jumaat semua.

Jemput hadir ke Karnival Pendidikan MARA 2014.

Kami akan menjelajah ke negeri anda. 

Kami menawarkan khidmat nasihat pendidikan kepada pelajar-pelajar yang ingin melanjutkan pengajian ke luar negara.

Bersempena dengan pelancaran Buku Ahmad Ammar, kami akan memberi buku terkini Ahmad Ammar secara percuma bagi pendaftaran pada hari Karnival.

Kaunselor sekolah disarankan untuk mewar-warkan Karnival ini kepada pelajar di sekolah bagi memberi peluang kepada mereka untuk meneroka kursus yang ada di dalam dan di luar negara.

Jumpa anda di sana!


KEEP CALM AND STUDY ABROAD







JADUAL KARNIVAL



BUKU AHMAD AMMAR TERKINI




Wednesday, 13 November 2013

Pelajar Selamat ditempatkan di Mesir

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera,

Alhamdulillah para pelajar Perubatan, Pergigian dan Ulum Islamiah Intake 2013/14 telah selamat sampai ke Mesir dan sedang mengikuti kelas pengajian mengikut jadual.

Di sini ingin kami kongsi bersama anda perjalanan sepanjang para pelajar di bawah QAS Management berada di bumi Mesir.

Gambar yang dikongsi ini adalah dari Program Pre-Departure di Hotel Summit, Subang Jaya dan kemudiannya mereka terus ke KLIA dan seterusnya terbang ke Mesir.

Kami doakan agar para pelajar sentiasa Sabar dalam mengharungi perjalanan hidup di sana dan Tabah menjalani pengajian di Mesir. InsyaAllah semoga Allah memudahkan jalan bagi anda semua.

Diingatkan juga di sini kepada ibubapa yang masih belum mengambil dokumen Asli Bukti Pembayaran Yuran Universiti sila ambil di pejabat QAS. Terima Kasih.


1- Motivasi dari tak lain dan tak bukan the one and only Dr. Mafeitzeral Mamat.
Nasihat yang sangat bernilai dari beliau








2- Di Lapangan Terbang Cairo
Para pelajar sedang menanda beg masing-masing mengikut Fakulti dan Rumah masing-masing








3- Di Tanta
Para pelajar sedang mendengar ucapan dari pelajar senior






4- Bergerak ke rumah









5- Pendaftaran di Fakulti
Para pelajar mendaftar di gamaah





6- Sesi berkenalan dengan senior
Para pelajar makan bersama 





7- Lawatan sekitar gamaah
Pegawai QAS dan senior membawa pelajar melawat sekitar gamaah 






8- Lawatan sekitar bandar
Pelajar bersiar-siar bersama pegawai QAS dan senior



Syukran 

Monday, 10 June 2013

KERJAYA DALAM BIDANG PERGIGIAN

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera,

Petang ini terasa ingin berkongsi sedikit maklumat tentang 
Permulaan Kerjaya Dalam Bidang Pergigian.
InsyaAllah.

Bismillahirrahmanirrahim...

Pasti anda semua pernah mendengar ayat-ayat di bawah ini :- 
"Pendidikan bermula dari rumah"
"Melentur buluh biarlah dari rebungnya"
"Anak bagaikan kain putih, ibubapalah yang mencorakkannya" 

Setiap dalam diri ibubapa, pasti inginkan anak-anak mereka berjaya di masa hadapan. 
Inginkan anak-anak mereka berjaya dari segi pelajaran mahupun kehidupan.
Maka, dengan kesedaran itulah, ibubapa zaman sekarang berlumba-lumba untuk memberi pendidikan yang berkualiti kepada anak-anak mereka sejajar dengan keinginan mereka untuk melihat mereka berjaya.

Gambar hiasan


HALATUJU PENGAJIAN

Terdapat peluang pengajian di luar negara bagi pelajar yang tidak mendapat tempat di dalam negara untuk mengambil jurusan pergigian. Namun, pelajar perlu meneliti dahulu universiti tersebut dibawah pengiktirafan JPA. Pelajar juga WAJIB mengambil Aliran Sains Tulen untuk mendapatkan tempat dalam jurusan pergigian. 
Terdapat beberapa universiti di luar negara yang diiktiraf untuk jurusan pergigian contohnya :-
1- Universiti Tanta, Mesir
2- Universiti Alexandria, Mesir
3- Universitas Airlangga, Surabaya
4- Universitas Padjadjaran, Bandung
5- Universitas Sumatera Utara, Medan
dan sebagainya.




Pelajar juga perlu lulus SPM sekurang-kurangnya mendapat B dalam matapelajaran teras dan sains (biologi,kimia,fizik,matematik tambahan).
Matrikulasi sekurang-kurangnya CGPA 3.0




Kita tahu bahawa kerjaya seperti Doktor, Jurutera, Guru, Polis dan sebagainya boleh menjamin masa depan kerana dengan adanya penempatan kerjaya tersebut.
Salah satu bidang yang boleh menjamin masa depan juga ialah Doktor Gigi.

Gambar hiasan





NEGARA MAJU
Demi menuju ke arah negara maju, Malaysia memerlukan beribu-ribu lagi doktor gigi untuk menanggung jumlah 30 juta penduduk. Nisbah doktor gigi dengan penduduk sekarang ialah 1:7000.
(Data diperolehi dari internet)

Kanak-kanak kecil perlu diberi pendedahan dan pendidikan betapa pentingnya penjagaan gigi sejak dari bangku sekolah lagi. Samada gigi kekal boleh tumbuh dengan rapi atau tidak mahupun pemakanan yang boleh membantu pembentukan gigi dan gusi.

Gambar hiasan



FAEDAH DOKTOR GIGI

Kebanyakan dari wanita memilih jurusan ini kerana selain dari minat yang mendalam, mereka juga boleh bekerja mengikut masa yang mereka inginkan iaitu dari jam 9 pagi hingga 5 petang atau mengikut waktu tugas mereka sendiri.

Di antara faedah wanita memilih jurusan ini ialah mereka boleh menjalankan tanggungjawab rumahtangga dengan lebih berkesan lagi kerana mereka tidak terlalu terlibat dengan kerja lebih masa atau on-call seperti di hospital. Begitu juga dengan lelaki.


Selain lulus dan menerima ijazah sebagai seorang doktor pergigian am, pelajar boleh menyambung pengajian lagi selama 2 atau 3 tahun dalam kepakaran tertentu seperti :-

1- Pakar Ortodontik - memperbaiki rupa bentuk dan fungsi rahang dan gigi.
2- Pakar Bedah Pergigian - merawat penyakit teruk seperti kanser mulut dan sebagainya.
3- Pakar Kesihatan Pergigian Awam -  Membantu mengawal penyakit gigi yang berleluasa.
4- Pakar Pergigian Kanak-Kanak - Menjaga kesihatan gigi dikalangan kanak-kanak.
5- Pakar Periodontologi - Memulih penyakit gusi dan periodontium.
6- Pakar Patologi Mulut - Bertugas dalam makmal untuk memeriksa dan mengenalpasti penyakit merbahaya dari awal dengan tepat.
7- Pakar Pemeliharaan Gigi - Mengetahui semua jenis rawatan tampalan yang terkini.
8- Pakar Prostetik - merawat gigi orang dewasa dan warga tua.
9- Pakar Pergigian Forensik - mengenalpasti mayat yang rentung dan reput.


Gambar hiasan





InsyaAllah semoga dengan maklumat yang dikongsi ini sedikit sebanyak dapat memberi input yang baik untuk anda semua.
 Ingin saya kongsikan bahan bacaan bersama anda. 
Terdapat banyak blog yang bagus untuk dibaca. 
Coretan ikhlas dari beberapa pelajar pergigian dan juga doktor pergigian.
InsyaAllah mereka boleh memberi tips-tips yang berguna dan nasihat untuk dijadikan bekalan anda di masa akan datang.
Sila klik link di bawah.
Selamat membaca!










MALAYSIAN DENTAL ASSOCIATION
54-2 (2nd floor) Medan Setia 2, 
Plaza Damansara, Bukit Damansara,
50490 Kuala Lumpur.
Tel:603-20951532, 20951496
Fax:603-20944670
Email:mdaassoca@unifi.my

Thursday, 6 June 2013

TAKLIMAT JUN 2013

Assalamualaikum

Kepada,
Semua pelajar dan ibubapa,
Kaunselor dan Guru-guru.
Semoga hari ini lebih baik dari hari-hari yang lain.
Dilimpahi rahmat dariNya dan
sentiasa murah rezeki.
Selamat Sejahtera.


Pada pagi yang mulia ini, ada beberapa berita baik yang hendak disampaikan.
InsyaAllah

1-  Alhamdulillah, Surat Tawaran Batch Kedua telah selamat diberikan kepada semua pelajar yang telah membuat   bayaran. Namun masih ada beberapa lagi pelajar yang masih belum mengambil Surat Tawaran Asli ini. Diharap dapat mengambilnya di pejabat QAS secepat mungkin. Pelajar yang terlibat diharap dapat menghubungi pihak QAS secepat mungkin.

2-  Alhamdulillah, kebanyakan dari pelajar QAS berjaya mendapat Sijil Sokongan Luar Negara. InsyaAllah akan diberikan pada hari Pre-Departure nanti bersama dengan dokumen penting yang lain.

3-  Syukur dipanjatkan ke Allah SWT, kerana dengan izinNya dapat kami merancang kembali Sesi Taklimat Bersama Ibubapa / Pelajar / Kaunselor / Guru Sekolah untuk memberikan sedikit sebanyak informasi terkini tentang hala tuju pendidikan terutamanya kepada pelajar lepasan SPM, mereka yang tercicir dalam panggilan UPU dan mereka yang tidak mendapat kursus yang dikehendaki dalam negara.

Di sini ingin saya kongsi JADUAL TAKLIMAT bagi BULAN JUN 2013.
Mohon yang terlibat dan berminat memberi perhatian.
Jika ini bukan panggilan anda atau bukan untuk anak anda, mungkin ini panggilan untuk saudara-mara atau sahabat handai, jiran tetangga mahupun rakan baru di Facebook.
War-warkan Sesi TAKLIMAT TERKINI ini agar semua antara kita mendapat faedah darinya.
InsyaAllah.