Tuesday 3 March 2015

LALUAN BELAJAR DI LUAR NEGARA

Hari ni belajardiluarnegara ingin berkongsi sedikit maklumat mengenai

"Bagaimana untuk belajar di luar negara selepas mendapat keputusan SPM".


Ramai juga pelajar yang bertanyakan mengenai hal ini di Facebook. Kebanyakan mereka sudah sedia

maklum bahawa selepas SPM boleh belajar di luar negara dengan keputusan yang minimum.

Ya betul. Tetapi hanya di Mesir sahaja yang masih menerima keputusan SPM.

Tidak di negara lain. 

Bagi negara lain seperti Turki, Rusia dan Indonesia, memerlukan :-

1) Keputusan SPM minimum B untuk semua subjek. 
(keputusan SPM semua A digalakkan)

2) Keputusan Foundation CGPA 3.0


Di sini, belajardiluarnegara ingin berkongsi bagaimana laluan selepas SPM, STPM dan STAM untuk

 ke luar negara.


PELAJAR LEPASAN SPM

1) Pelajar dapat keputusan SPM minimum B semua subjek.
2) Pelajar masuk ke Matrikulasi atau Foundation atau A-Level atau IB.
Keputusan minimum 3.0
3) Pelajar masuk ke Kelas Bahasa dan tusyen untuk Entrance Exam.
4) Bersedia di Pre-Departure.
5) Terbang ke negara yang berkenaan.




PELAJAR LEPASAN STPM

1) Pelajar dapat keputusan STPM.
2) Pelajar masuk ke Kelas Bahasa dan tusyen untuk Entrance Exam.
3) Bersedia di Pre-Departure.
4) Terbang ke negara yang berkenaan.





PELAJAR LEPASAN STAM

1) Pelajar dapat keputusan STAM
2) Pelajar masuk ke Kelas Bahasa dan tusyen untuk Entrance Exam.
3) Bersedia di Pre-Departure.
4) Terbang ke Turki.



Diharap dengan panduan ini, dapat membantu memberi pencerahan kepada para pelajar, ibubapa dan guru-guru. 


Jika ada sebarang pertanyaan, bolehlah emailkan kepada belajardiluarnegara atau di Facebook. 




1 comment:

  1. Assalam. saya nak tanya, sy akan tamat asasi tesl uitm pada bulan april ni, jadi macam mana prosedur untuk saya belajar di Turki? terima kasih. wassalam..

    ReplyDelete