Tuesday 2 April 2013

Proses Clearance Letter

Assalamualaikum semua.

Alhamdulillah  Borang Permohonan Clearance Letter sudah siap !
Diharap pihak ibubapa dan pelajar sentiasa menghubungi kami untuk mendapatkan status CL nanti.


TOLL FREE     1800-888-727
EMAIL  askme@qas.com.my
                          qas.nazeehahzaini@gmail.com


Apa itu Clearance Letter?
Borang Clearance Letter yang perlu diisi



Kenapa pelajar perlu memohon Clearance Letter sebelum melanjutkan pengajian ke luar negara ?

1- Proses ini bertujuan untuk mendapatkan izin / perlepasan awal dari pihak Kementerian Pengajian Tinggi untuk melanjutkan pengajian ke luar negara.

2- Proses ini perlu bagi membenarkan pihak Universiti mengeluarkan Surat Tawaran Asli yang sah.

3- Proses ini perlu kerana ini untuk membuktikan bahawa pelajar tersebut diberi kebenaran oleh pihak Kementerian Pengajian Tinggi untuk mendapatkan Sijil Sokongan Luar Negara.

4- Clearance Letter ini akan ditunjukkan kepada pihak Universiti sendiri (bukan melalui email) untuk mengeluarkan Surat Tawaran.


Sesetengah pihak mengambil remeh langkah untuk mendapatkan Clearance Letter dari Kementerian Pengajian Tinggi. 
Ini akan menimbulkan masalah di masa akan datang kepada pihak agensi, universiti, pelajar mahupun ibubapa.
Maka, proses ini amat penting untuk mendapatkan Offer Letter dari pihak universiti.




Pelajar perlu menyediakan :-
1- Satu Salinan Kad Pengenalan yang disahkan.
2- Satu Salinan Surat Beranak yang disahkan.
3- Satu Salinan Sijil SPM yang disahkan.
4- Gambar ukuran passport sekeping.

Semua permohonan melalui QAS akan dikemukakan kepada pihak KPT setiap minggu.
Sebarang maklum balas akan hanya dilayan melalui telefon dan email.


Surat Permohonan dari QAS ke KPT




Clearance Letter yang lengkap dengan dokumen untuk ke KPT




Clearance Letter dari KPT





Sijil Sokongan Luar Negara yang dikeluarkan oleh KPT


Diharap semua jelas dengan proses untuk mendapatkan Clearance Letter ini.
Sebarang pertanyaan boleh menghubungi kami di TOLL FREE.

Terima Kasih

No comments:

Post a Comment