Wednesday 3 April 2013

TAKLIMAT PELUANG PENGAJIAN LUAR NEGARA

Assalamualaikum semua.

Alhamdulillah. Begitu banyak permintaan untuk mengadakan Taklimat. Ramai lagi di luar sana yang masih lagi ingin tahu tentang peluang-peluang pengajian di luar negara.

Kali ini, kami berpeluang untuk berjumpa sendiri dengan para ibubapa dan pelajar untuk menerangkan dengan lebih terperinci peluang-peluang yang ada dan proses untuk ke luar negara.

Kami akan cuba buat yang terbaik untuk menasihati para ibubapa dan pelajar tentang kursus yang terbaik untuk anda.

Semoga dengan usaha berterusan ini, kita semua dikurniakan rahmatNya dan para pelajar juga berpeluang untuk  melanjutkan pengajian ke luar negara dan kembali untuk berkhidmat kepada rakyat serta membangunkan bangsa dan negara. InsyaAllah dengan izinNya.

Sila semak tarikh dibawah. 
Sila bersedia untuk ke 
Bangunan Yayasan Selangor Tingkat 16, Petaling Jaya pada jam 9 pagi-12 tghari.



Untuk maklumat lanjut mengenai taklimat, anda boleh tinggalkan email dan no hp anda di
askme@qas.com.my


Kami bersedia membimbing anda !


No comments:

Post a Comment