Tuesday 19 March 2013

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN AGAMA KUALA LUMPUR

Assalamualaikum semua,


Pada 14 MAC 2013, KHAMIS, Bersamaan 2 Jamadil Awal 1434, Pengetua Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Kuala Lumpur telah menjemput kami ke sekolah untuk sesi taklimat kepada pelajar SPM 2013.

Pelajar mula memasuki dewan pada jam 3.15pm. Mereka adalah pelajar yang sangat berdisiplin dan menepati masa. ^_^ . Pengarah telah memulakan sesi taklimat pada jam 3.30pm.
Alhamdulillah, sambutan sangat menggalakkan. Banyak persoalan dari para pelajar dapat dijawab dengan baik. Sedikit sebanyak para pelajar tahu hala tuju mereka selepas SPM.

Tidak lupa juga para pelajar lepasan SPM yang telah menghubungi kami untuk mendapatkan maklumat tentang pengajian di luar negara. Terima kasih banyak-banyak kerana sudi berhubung dengan kami untuk bertanyakan tentang hala tuju masa depan anda.

Jangan lupa untuk mendaftar secara online melalui website kami www.qas.com.my
atau hubungi kami secara percuma untuk sebarang pertanyaan 1-800-888-727


Terima kasih yang tidak terhingga kepada Pengarah dan Pengetua yang sama-sama berganding bahu demi masa depan para pelajar.





SELAMAT BERJAYA DALAM SPM !!! 
KAMI DI SINI MENDOAKAN KEJAYAAN ANDA
AMEEEEN...~

No comments:

Post a Comment