Tuesday, 5 March 2013

Pengiktirafan Kementerian Pengajian Tinggi

Assalamualaikum semua...

Harini ada beberapa coretan sedikit untuk dikongsi bersama.

Mungkin anda semua sudah tahu bahawa bidang perubatan merupakan bidang professional yang menjadi impian dan diminati oleh ramai pelajar. Selain dari memikul tanggungjawab yang berat, kerjaya seorang Doktor adalah mencabar dan mulia serta dihormati dalam masyarakat.

Bagi pelajar lepasan SPM (Sains Tulen) berpeluang melanjutkan pengajian ke Mesir dalam bidang perubatan hanya dengan keputusan B dalam 8 matapelajaran.

Mesir adalah satu-satunya negara yang menerima keputusan SPM sebagai syarat kemasukan ke Pengajian Perubatan melalui Perjanjian Persefahaman (MoU) diantara kedua-dua negara.

Perubatan di Mesir adalah tidak asing lagi dikalangan para pelajar di Malaysia. Umum tahu bahawa terdapat lebih 10 agensi yang menghantar pelajar melanjutkan pengjian ke Mesir.

Namun, para pelajar dan ibubapa haruslah memilih agensi yang berdaftar dibawah Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia dan menawarkan kursus di universiti-universiti yang diiktiraf oleh MMC dan badan-badan berkaitan. 


Terima Kasih


No comments:

Post a Comment