Showing posts with label Surat Tawaran. Offer Letter. Show all posts
Showing posts with label Surat Tawaran. Offer Letter. Show all posts

Thursday, 6 June 2013

TAKLIMAT JUN 2013

Assalamualaikum

Kepada,
Semua pelajar dan ibubapa,
Kaunselor dan Guru-guru.
Semoga hari ini lebih baik dari hari-hari yang lain.
Dilimpahi rahmat dariNya dan
sentiasa murah rezeki.
Selamat Sejahtera.


Pada pagi yang mulia ini, ada beberapa berita baik yang hendak disampaikan.
InsyaAllah

1-  Alhamdulillah, Surat Tawaran Batch Kedua telah selamat diberikan kepada semua pelajar yang telah membuat   bayaran. Namun masih ada beberapa lagi pelajar yang masih belum mengambil Surat Tawaran Asli ini. Diharap dapat mengambilnya di pejabat QAS secepat mungkin. Pelajar yang terlibat diharap dapat menghubungi pihak QAS secepat mungkin.

2-  Alhamdulillah, kebanyakan dari pelajar QAS berjaya mendapat Sijil Sokongan Luar Negara. InsyaAllah akan diberikan pada hari Pre-Departure nanti bersama dengan dokumen penting yang lain.

3-  Syukur dipanjatkan ke Allah SWT, kerana dengan izinNya dapat kami merancang kembali Sesi Taklimat Bersama Ibubapa / Pelajar / Kaunselor / Guru Sekolah untuk memberikan sedikit sebanyak informasi terkini tentang hala tuju pendidikan terutamanya kepada pelajar lepasan SPM, mereka yang tercicir dalam panggilan UPU dan mereka yang tidak mendapat kursus yang dikehendaki dalam negara.

Di sini ingin saya kongsi JADUAL TAKLIMAT bagi BULAN JUN 2013.
Mohon yang terlibat dan berminat memberi perhatian.
Jika ini bukan panggilan anda atau bukan untuk anak anda, mungkin ini panggilan untuk saudara-mara atau sahabat handai, jiran tetangga mahupun rakan baru di Facebook.
War-warkan Sesi TAKLIMAT TERKINI ini agar semua antara kita mendapat faedah darinya.
InsyaAllah.





Monday, 13 May 2013

Surat Tawaran Terkini




SURAT TAWARAN / TAJAAN


Terima kasih kepada pelajar yang mendaftar di QAS untuk TAJAAN dan menghantar dokumen yang lengkap bagi melancarkan proses mendapatkan Surat Tawaran dan Tajaan.
InsyaAllah kesemua pelajar yang mendaftar, jika masih belum menerima email dari pihak QAS, sila hubungi HOTLINE kami bagi mendapatkan status terkini.

Surat Tawaran Batch ke 3 InsyaAllah akan dimaklumkan pada penghujung Mei ini. 



PENTING !

Peringatan kepada semua ibubapa dan pelajar, sebelum membuat sebarang bayaran hendaklah semak dahulu Surat Tawaran yang diambil adalah TULEN ; bukannya Photoshop.
Harap Maklum. 



Syukran










Siri Jelajah 1 Malaysia


Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera,

Alhamdulillah, Program Karnival Pendidikan Mara sudah tamat dan berjalan dengan lancar.
Terima kasih yang tidak terhingga kepada pihak penganjur yang banyak membantu. Tidak lupa juga kepada ibubapa dan para pelajar yang sudi meluangkan masa hari minggu untuk turun dan berjumpa dengan kami dalam melakar hala tuju masa depan masing-masing.

Pelajar yang tidak kira latar belakang dari  Tingkatan 4, Tingkatan 5, lepasan SPM, lepasan Matrikulasi, UiTM mahupun lepasan Diploma turut hadir bagi mendapatkan informasi dengan lebih tepat mengenai program yang ditawarkan.

Terima kasih juga yang tidak tehingga kepada semua ibubapa dan pelajar yang hadir ke Taklimat kami yang kami adakan di seluruh Malaysia. InsyaAllah kami akan menjelajah lagi untuk Taklimat Siri ke3 tahun ini. InsyaAllah kami akan selamat sampai ke negeri anda.
Sila layari Facebook page kami untuk berita terkini. Sebarang pertanyaan, bolehlah emailkan terus kepada kami di

askme@qas.com.my

atau

qas.nazeehahzaini@gmail.com

atau 

zaini.idris@qas.com.my

atau hubungi terus ke talian HOTLINE kami

1800-888-727


syukran