Showing posts with label Pra-Medikal. Show all posts
Showing posts with label Pra-Medikal. Show all posts

Wednesday, 13 March 2013

Ikrar



 “…I will apply dietetic measures for the benefit of the sick according to my ability and judgment; I will keep them from harm and injustice…”
Ikrar Hippocratic

Petikan di atas adalah sebahagian daripada ikrar yang menjadi pegangan etika terpenting untuk seorang pengamal perubatan moden. Ikrar ini dipercayai telah ditulis lebih lima dekad sebelum masihi sama ada oleh Hippocrates sendiri atau salah seorang anak muridnya.
Hari ini, dunia perubatan moden menyaksikan setiap individu yang ingin memulakan karier mereka sebagai pengamal perubatan perlulah sekurangnya membaca ikrar ini sekali dan memahami intipatinya dengan jelas.

Tuesday, 12 March 2013

Pre-Medical Course 2013

Assalamualaikum semua!

Alhamdulillah kami panjatkan syukur kepada Allah kerana mengurniakan kita semua peluang sekali lagi untuk bernafas dan bekerja mencari rezeki ke jalan Allah. ^_^

Berita baik lagi pagi ini. ^_^
Pihak UiTM Fakulti Perubatan telah pun memberi respon yang positif dan InsyaAllah Program Persediaan Pre-Medikal akan dijalankan di

Fakulti Perubatan UiTM Sg. Buloh 
selama 8 minggu bermula pada 1 Julai sehingga 24 Ogos 2013. 


Kursus Persediaan ini bertujuan untuk mendedahkan para pelajar kepada :-


  • Subjek Tahun Pertama seperti Anatomi, Fisiologi, Histologi dan Biokimia.
  • Peluang untuk mendalami dan membangunkan cara-cara pembelajaran yang berkesan.
  • Mempelajari kehidupan di kampus, rutin belajar yang baik,  komunikasi yang berkesan.
  • Motivasikan diri dan membina sahsiah dan keyakinan diri untuk membentuk diri menjadi modal insan yang berguna.
  • Kerja dan rutin di hospital bersama-sama doktor dan pensyarah yang bertauliah.
  • Lawatan ke hospital.

Kursus persediaan ini terbuka kepada :-
  • Sesiapa sahaja yang berminat untuk melanjutkan pengajian perubatan di luar negara.
  • Pelajar Lepasan SPM
  • Pelajar Lepasan Matrikulasi
  • Pelajar yang ingin melanjutkan pengajian dalam bidang perubatan tetapi masih lagi tidak tahu samada dalam bidang perubatan, pergigian atau farmasi.
  • Pelajar dari mana-mana agensi.

Sebarang pertanyaan, sila hubungi toll free 
1-800-888-727.
Kami sedia melayan anda ^_^