Monday, 10 June 2013

KERJAYA DALAM BIDANG PERGIGIAN

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera,

Petang ini terasa ingin berkongsi sedikit maklumat tentang 
Permulaan Kerjaya Dalam Bidang Pergigian.
InsyaAllah.

Bismillahirrahmanirrahim...

Pasti anda semua pernah mendengar ayat-ayat di bawah ini :- 
"Pendidikan bermula dari rumah"
"Melentur buluh biarlah dari rebungnya"
"Anak bagaikan kain putih, ibubapalah yang mencorakkannya" 

Setiap dalam diri ibubapa, pasti inginkan anak-anak mereka berjaya di masa hadapan. 
Inginkan anak-anak mereka berjaya dari segi pelajaran mahupun kehidupan.
Maka, dengan kesedaran itulah, ibubapa zaman sekarang berlumba-lumba untuk memberi pendidikan yang berkualiti kepada anak-anak mereka sejajar dengan keinginan mereka untuk melihat mereka berjaya.

Gambar hiasan


HALATUJU PENGAJIAN

Terdapat peluang pengajian di luar negara bagi pelajar yang tidak mendapat tempat di dalam negara untuk mengambil jurusan pergigian. Namun, pelajar perlu meneliti dahulu universiti tersebut dibawah pengiktirafan JPA. Pelajar juga WAJIB mengambil Aliran Sains Tulen untuk mendapatkan tempat dalam jurusan pergigian. 
Terdapat beberapa universiti di luar negara yang diiktiraf untuk jurusan pergigian contohnya :-
1- Universiti Tanta, Mesir
2- Universiti Alexandria, Mesir
3- Universitas Airlangga, Surabaya
4- Universitas Padjadjaran, Bandung
5- Universitas Sumatera Utara, Medan
dan sebagainya.




Pelajar juga perlu lulus SPM sekurang-kurangnya mendapat B dalam matapelajaran teras dan sains (biologi,kimia,fizik,matematik tambahan).
Matrikulasi sekurang-kurangnya CGPA 3.0




Kita tahu bahawa kerjaya seperti Doktor, Jurutera, Guru, Polis dan sebagainya boleh menjamin masa depan kerana dengan adanya penempatan kerjaya tersebut.
Salah satu bidang yang boleh menjamin masa depan juga ialah Doktor Gigi.

Gambar hiasan





NEGARA MAJU
Demi menuju ke arah negara maju, Malaysia memerlukan beribu-ribu lagi doktor gigi untuk menanggung jumlah 30 juta penduduk. Nisbah doktor gigi dengan penduduk sekarang ialah 1:7000.
(Data diperolehi dari internet)

Kanak-kanak kecil perlu diberi pendedahan dan pendidikan betapa pentingnya penjagaan gigi sejak dari bangku sekolah lagi. Samada gigi kekal boleh tumbuh dengan rapi atau tidak mahupun pemakanan yang boleh membantu pembentukan gigi dan gusi.

Gambar hiasan



FAEDAH DOKTOR GIGI

Kebanyakan dari wanita memilih jurusan ini kerana selain dari minat yang mendalam, mereka juga boleh bekerja mengikut masa yang mereka inginkan iaitu dari jam 9 pagi hingga 5 petang atau mengikut waktu tugas mereka sendiri.

Di antara faedah wanita memilih jurusan ini ialah mereka boleh menjalankan tanggungjawab rumahtangga dengan lebih berkesan lagi kerana mereka tidak terlalu terlibat dengan kerja lebih masa atau on-call seperti di hospital. Begitu juga dengan lelaki.


Selain lulus dan menerima ijazah sebagai seorang doktor pergigian am, pelajar boleh menyambung pengajian lagi selama 2 atau 3 tahun dalam kepakaran tertentu seperti :-

1- Pakar Ortodontik - memperbaiki rupa bentuk dan fungsi rahang dan gigi.
2- Pakar Bedah Pergigian - merawat penyakit teruk seperti kanser mulut dan sebagainya.
3- Pakar Kesihatan Pergigian Awam -  Membantu mengawal penyakit gigi yang berleluasa.
4- Pakar Pergigian Kanak-Kanak - Menjaga kesihatan gigi dikalangan kanak-kanak.
5- Pakar Periodontologi - Memulih penyakit gusi dan periodontium.
6- Pakar Patologi Mulut - Bertugas dalam makmal untuk memeriksa dan mengenalpasti penyakit merbahaya dari awal dengan tepat.
7- Pakar Pemeliharaan Gigi - Mengetahui semua jenis rawatan tampalan yang terkini.
8- Pakar Prostetik - merawat gigi orang dewasa dan warga tua.
9- Pakar Pergigian Forensik - mengenalpasti mayat yang rentung dan reput.


Gambar hiasan





InsyaAllah semoga dengan maklumat yang dikongsi ini sedikit sebanyak dapat memberi input yang baik untuk anda semua.
 Ingin saya kongsikan bahan bacaan bersama anda. 
Terdapat banyak blog yang bagus untuk dibaca. 
Coretan ikhlas dari beberapa pelajar pergigian dan juga doktor pergigian.
InsyaAllah mereka boleh memberi tips-tips yang berguna dan nasihat untuk dijadikan bekalan anda di masa akan datang.
Sila klik link di bawah.
Selamat membaca!










MALAYSIAN DENTAL ASSOCIATION
54-2 (2nd floor) Medan Setia 2, 
Plaza Damansara, Bukit Damansara,
50490 Kuala Lumpur.
Tel:603-20951532, 20951496
Fax:603-20944670
Email:mdaassoca@unifi.my

Thursday, 6 June 2013

TAKLIMAT JUN 2013

Assalamualaikum

Kepada,
Semua pelajar dan ibubapa,
Kaunselor dan Guru-guru.
Semoga hari ini lebih baik dari hari-hari yang lain.
Dilimpahi rahmat dariNya dan
sentiasa murah rezeki.
Selamat Sejahtera.


Pada pagi yang mulia ini, ada beberapa berita baik yang hendak disampaikan.
InsyaAllah

1-  Alhamdulillah, Surat Tawaran Batch Kedua telah selamat diberikan kepada semua pelajar yang telah membuat   bayaran. Namun masih ada beberapa lagi pelajar yang masih belum mengambil Surat Tawaran Asli ini. Diharap dapat mengambilnya di pejabat QAS secepat mungkin. Pelajar yang terlibat diharap dapat menghubungi pihak QAS secepat mungkin.

2-  Alhamdulillah, kebanyakan dari pelajar QAS berjaya mendapat Sijil Sokongan Luar Negara. InsyaAllah akan diberikan pada hari Pre-Departure nanti bersama dengan dokumen penting yang lain.

3-  Syukur dipanjatkan ke Allah SWT, kerana dengan izinNya dapat kami merancang kembali Sesi Taklimat Bersama Ibubapa / Pelajar / Kaunselor / Guru Sekolah untuk memberikan sedikit sebanyak informasi terkini tentang hala tuju pendidikan terutamanya kepada pelajar lepasan SPM, mereka yang tercicir dalam panggilan UPU dan mereka yang tidak mendapat kursus yang dikehendaki dalam negara.

Di sini ingin saya kongsi JADUAL TAKLIMAT bagi BULAN JUN 2013.
Mohon yang terlibat dan berminat memberi perhatian.
Jika ini bukan panggilan anda atau bukan untuk anak anda, mungkin ini panggilan untuk saudara-mara atau sahabat handai, jiran tetangga mahupun rakan baru di Facebook.
War-warkan Sesi TAKLIMAT TERKINI ini agar semua antara kita mendapat faedah darinya.
InsyaAllah.





Monday, 13 May 2013

Tajaan / Pinjaman / Bantuan

Perhatian kepada ibubapa dan pelajar,


Pelajar yang mempunyai keputusan SPM 9A, dikehendaki menyiapkan dokumen dengan lengkap dan hantarkan ke pejabat QAS sebelum hujung bulan Mei ini bagi sesi saringan dan Temuduga.

Alhamdulillah, sepanjang Roadshow yang berlaku pada bulan April lepas, ramai pelajar 9A,11A dan 12A memohon untuk mendapatkan Tajaan untuk yuran Tahun Pertama, Tajaan kos perbelanjaan Tahun Pertama dan Tajaan bagi Anak Yatim dan Tahfiz.

Tajaan ini khas kepada pelajar yang mendaftar di bawah QAS sahaja. Pelajar yang telah hantar dokumen dengan lengkap akan diproses secepat mungkin bagi mendapatkan bantuan tersebut.
Pelajar yang tidak menghantar dokumen dianggap tidak berminat dan QAS akan menggantikan permohonan tersebut kepada pelajar yang layak.

Hanya pelajar yang memenuhi kriteria sahaja layak untuk memohon.


Untuk sebarang pertanyaan mengenai Tajaan ini, bolehlah hubungi kami di



askme@qas.com.my

atau

qas.nazeehahzaini@gmail.com

atau 

zaini.idris@qas.com.my

atau hubungi terus ke talian HOTLINE kami


1800-888-727




syukran