Kepada Ibubapa dan Pelajar,
Untuk makluman tuan/puan, KONSORTIUM PERUNDING GLOBAL (KPG) adalah sebuah konsortium yang terdiri dari 6 buah syarikat perunding bumiputera terdiri daripada QAS Management (M) Sdn Bhd, Global Medic Network, Akademi Al-Quran Medic Malaysia, Y2G, Islamic Medic dan Daulah Educonsult yang menguruskan penempatan pelajar untuk melanjutkan pengajian Ijazah Sarjana Muda dalam bidang Perubatan, Pergigian & Farmasi di universiti-universiti yang diiktiraf oleh Kerajaan Malaysia di Mesir.
Pada tahun 2013, KPG akan menganjurkan Konvensyen Pendidikan Tinggi Mesir ke II yang bertemakan "Profesionalisma Memenuhi Keperluan Negara" seperti berikut :-
Tarikh : Sabtu, 6 Julai 2013
Masa : 9.00 pagi - 5.30 petang
Tempat : Pusat Latihan KWSP (ESSET), Bangi
Pendaftaran Konvensyen adalah sebanyak RM100 seorang dan 50% (RM50) akan ditaja oleh pihak QAS.
Oleh itu, seorang peserta hanya perlu membayar sebanyak RM50 (termasuk makan tengahari dan minum petang).
Sekiranya tuan/puan bersetuju untuk hadir, sila SMS
NAMA PENUH
dan
NOMBOR KAD PENGENALAN
ke
012-6549360
atau
019-3326583
sebelum 3 JULAI 2013
Bayaran hendaklah dimasukkan ke Akaun
NAMA AKAUN : NORIZAH BT ALI
NAMA BANK : MAYBANK
NOMBOR AKAUN : 162 366 940 183
MMS kan bukti bayaran ke 012-6549360
Sehubungan dengan itu, KPG dengan berbesar hati ingin menjemput tuan/puan serta pelajar untuk menghadiri konvensyen tersebut. Selain didedahkan kepada pengalaman pengajian perubatan di Mesir oleh graduan-graduan dari Mesir, ibubapa juga berpeluang mengetahui sumber-sumber pembiayaan selain dari JPA atau MARA.
Kesudian tuan/puan untuk menghadiri konvensyen ini, didahului dengan ucapan ribuan terim kasih.
TERBUKA KEPADA IBUBAPA YANG INGINKAN MAKLUMAT TAMBAHAN TENTANG PENGAJIAN DI MESIR,
PELAJAR YANG BERMINAT UNTUK MELANJUTKAN PENGAJIAN DI MESIR,
dan
GURU-GURU YANG MEMERLUKAN INPUT DARI PERUNDING-PERUNDING PROFESIONAL.
Sebarang pertanyaan, sila hubungi
012-6549360
atau TOLL FREE
1800-888-727
No comments:
Post a Comment