Assalamualaikum semua.
Alhamdulillah Borang Permohonan Clearance Letter sudah siap !
Diharap pihak ibubapa dan pelajar sentiasa menghubungi kami untuk mendapatkan status CL nanti.
TOLL FREE 1800-888-727
EMAIL askme@qas.com.my
qas.nazeehahzaini@gmail.com
Apa itu Clearance Letter?
Borang Clearance Letter yang perlu diisi
Kenapa pelajar perlu memohon Clearance Letter sebelum melanjutkan pengajian ke luar negara ?
1- Proses ini bertujuan untuk mendapatkan izin / perlepasan
awal dari pihak Kementerian Pengajian Tinggi untuk melanjutkan pengajian ke luar negara.
2- Proses ini perlu bagi membenarkan pihak Universiti mengeluarkan
Surat Tawaran Asli yang sah.
3- Proses ini perlu kerana ini untuk membuktikan bahawa pelajar tersebut diberi kebenaran oleh pihak Kementerian Pengajian Tinggi untuk mendapatkan Sijil Sokongan Luar Negara.
4- Clearance Letter ini akan ditunjukkan kepada pihak Universiti sendiri (bukan melalui email) untuk mengeluarkan Surat Tawaran.
Sesetengah pihak mengambil remeh langkah untuk mendapatkan Clearance Letter dari Kementerian Pengajian Tinggi.
Ini akan menimbulkan masalah di masa akan datang kepada pihak agensi, universiti, pelajar mahupun ibubapa.
Maka, proses ini amat penting untuk mendapatkan Offer Letter dari pihak universiti.
Pelajar perlu menyediakan :-
1- Satu Salinan Kad Pengenalan yang disahkan.
2- Satu Salinan Surat Beranak yang disahkan.
3- Satu Salinan Sijil SPM yang disahkan.
4- Gambar ukuran passport sekeping.
Semua permohonan melalui QAS akan dikemukakan kepada pihak KPT setiap minggu.
Sebarang maklum balas akan hanya dilayan melalui telefon dan email.
Surat Permohonan dari QAS ke KPT
Clearance Letter yang lengkap dengan dokumen untuk ke KPT
Clearance Letter dari KPT
Sijil Sokongan Luar Negara yang dikeluarkan oleh KPT
Diharap semua jelas dengan proses untuk mendapatkan Clearance Letter ini.
Sebarang pertanyaan boleh menghubungi kami di TOLL FREE.
Terima Kasih