Friday, 19 September 2014

KEBAIKAN BELAJAR DI LUAR NEGARA

Assalamualaikum dan selamat sejahtera,


Posting kali ini ingin saya kongsi bersama anda tentang kebaikan belajar di luar negara.

Mungkin ramai di antara anda memasang impian untuk melanjutkan pengajian ke luar negara demi mencapai cita-cita sejak dari kecil lagi. 





Tahukah anda, apakah kebaikan jika belajar di luar negara? Kebaikan, faedah, hikmah...

Tidak semua yang elok di luar sana, tetapi jika pelajar sentiasa berpegang teguh kepada pegangan masing-masing, saya percaya tidak mudah untuk anda terjerumus ke arah kejahatan.

Di sini saya kongsikan sedikit kebaikan atau faedah belajar di luar negara.
Anda juga boleh layari laman blog para pelajar yang sedang belajar ataupun sedang mengikuti pengajian di luar negara untuk mengetahui lebih lanjut mengenai pengalaman mereka di sana.








Thank you Google
1) Suasana belajar di luar negara sedikit sebanyak memberi kesan kepada pembelajaran seperti faktor cuaca yang berbeza dari negara sendiri, rakan sebaya berlainan negara, dan juga faktor berlainan bahasa. Untuk menyesuaikan diri dalam kelas, seorang pelajar itu tidak boleh terus menganggap sesuatu kesusahan itu sebagai penghalang untuk belajar. Sebaliknya, pelajar mesti memandang kesulitan itu sebagai satu misi untuk di selesaikan. Sebagai contoh, rakan sebaya sekelas berlainan negara. Mungkin akan ada masalah komunikasi di situ. Fikir cara untuk mengatasinya. Belajar bahasa negara lain bukankah satu perkara dan pengalaman yang baik. Setiap kesulitan pasti ada penyelesaiannya.









Thank you Google
2) Ada ibubapa yang memasang impian untuk menghantar anak mereka belajar di luar negara. Bukan senang untuk mengumpul duit dan belajar di luar negara. Ada ibubapa yang menjual hasil ternakan, rumah, kereta, pinjam saudara dan ada juga yang bekerja sehingga larut malam dan lebih masa demi mengisi tabung pendidikan anak-anak yang ingin belajar di luar negara. Pengorbanan inilah yang saya rasa perlu dibalas dengan segulung ijazah oleh anak-anak mereka. Belajar di luar negara sedikit sebanyak akan mengajar pelajar untuk menghargai jasa dan pengorbanan ibubapa. Ini kerana mereka berjauhan dengan keluarga, sentiasa merindui dan kerana ini juga akan memberi semangat kepada pelajar untuk belajar dengan lebih bersungguh-sungguh.









Pelajar QAS di Kursk Russia
3) Belajar tinggal sebumbung dengan pelajar lain dan bekerjasama dalam membahagi tugas dan tanggungjawab di dalam rumah. Tak ramai pelajar yang boleh tinggal serumah dengan orang lain bukan dari kalangan keluarga walaupun senegara. Banyak masalah akan timbul dari soal kebersihan, susun atur, pembahagian tugas dan banyak lagi. Tetapi adakah ini menjadi satu masalah atau misi untuk diselesaikan? Tinggal sebumbung bersama orang lain adalah salah satu kebaikan apabila anda belajar di luar negara. Kenapa? Kerana anda melatih diri anda untuk bertolak ansur dengan orang lain, melatih diri untuk bersikap terbuka dalam menyelesaikan masalah dalam rumah, pupuk sikap tanggungjawab dan sekaligus mengajar anda untuk hidup berdikari di negara orang.









Thank you Google
4) Membina hubungan baik dengan pelajar dari negara lain adalah salah satu kebaikan belajar di luar negara. Bukan sahaja anda mempunyai rakan berlainan negara malah berlainan latar belakang keluarga dan cara hidup. Mereka juga mempunyai gaya pembelajaran yang berlainan dan mungkin baik untuk kita ikuti sekaligus dapat membantu dalam pembelajaran di negara orang. Membina hubungan dua hala dengan pelajar dari negara lain amat penting kerana setiap dari mereka mempunyai gaya pemikiran yang tersendiri. Selepas belajar, hubungan baik inilah yang akan memudahkan kita untuk mengembangkan bisnes kita satu hari nanti. Apabila bergaul dengan masyarakat yang berlainan gaya pemikiran, kadang-kadang pelajar itu sendiri boleh membuka minda mereka kerana pengalaman yang dilalui sepanjang perhubungan semasa belajar ini.
Tidak perlu terlalu terikut-ikut dengan arus kehidupan mereka yang tidak elok. Ambil yang positif dan buang yang negatif. Itu adalah pelajar yang bijak dan terbuka mindanya jika pelajar itu dapat membezakan yang mana baik dan yang mana buruk.









Thank You Google
5) Setiap negara mempunyai budaya mereka yang tersendiri. Mempelajari budaya masyarakat luar adalah perlu untuk pelajar itu bagi menyesuaikan diri dengan persekitaran. Mengetahui budaya rakan-rakan dari luar negara sedikit sebanyak dapat menambah pengetahuan pelajar mengenai jati diri seseorang mengikut apa yang mereka harungi sejak dari kecil dengan budaya masing-masing. Identiti sebagai rakyat Malaysia juga jangan dipadamkan disebabkan mengikut arus kehidupan budaya negara luar malah seeloknya dipegang jati diri itu sebagai rakyat Malaysia dan diajar kepada masyarakat luar. Dari situ, pelajar dari negara lain boleh mendekati budaya masyarakat Malaysia yang berbilang kaum.


Semoga dengan mengetahui kebaikan belajar di luar negara ini dapat mendorong anda untuk belajar di negara orang. 

Pasang impian dan cita-cita untuk belajar di luar negara dan mencapai kejayaan.

Semoga dipermudahkan segala urusan demi mencapai cita-cita anda.


Sekian.


www.qas.com.my