Sunday 12 January 2014

BUKU AHMAD AMMAR

"Satu Kematian Yang Hidup"


Allahyarham Ahmad Ammar disemadikan di Perkuburan Eyub Sultan menghadap Laut Golden Horn. Tanah perkuburan ini menempatkan lebih 60 jasad para sahabat nabi, auliya', panglima Uthmaniyyah dan orang-orang kenamaan di sana. Namun Datuk Bandar telah memberi pengecualian kepada Ammar hingga allahyarham menjadi orang Malaysia pertama disemadikan di sini.

Kisah syahid seorang anak muda telah menjadi bualan serius dikalangan rakan-rakan, masyarakat Malaysia dan telah menjangkau ke banyak negara yang ingin mengetahui lebih lanjut tentang beliau. Anak muda ini tidak menonjol dalam rutin hariannya. namu n beliau yang merupakan pelajar cemerlang mempunyai tahap intelek dan emosi pada tahap yang tinggi. Beliau merupakan seorang "syahid yang tertangguh.
Pemikiran dan keterlibatan beliau dalam kerja-kerja dakwah amat mengagumkan. Pada usia 20 tahun beliau telah terlibat dalam pelbagai misi dakwah dan kemanusiaan termasuk di Syria.

Subjek sejarah yang beliau pilih merupakan kesinambungan visi yang tertanam dalam diri iaitu untuk menguasai sejarah dan menguasai dunia. Kerana bagi beliau sejarah adalah kunci umat Islam. Sejarah kegemilangan sultan Muhammad al-Fateh menguasai konstantinopel perlu diulangi. Namun Allah lebih menyayangi beliau. 
Tanggal 2 November 2013, gugurlah seorang insan berjiwa al-Fateh. Pemergian yang ditangisi oleh rakan seluruh dunia.

"Kematian yang hidup" bermakna beliau menjadi terkenal dan berjaya menyuntik semangat pada anak muda selepas kematiannya.


Nukilan dari, 
Mejar (B) Mohammad Qayyum A. Badaruddin




















Setiap pelajar yang berdaftar di bawah QAS, yang akan berangkat ke Turki pada Sabtu ini akan mendapat buku ini secara percuma. 



Untuk tempahan buku, boleh hubungi pejabat 1-800-888-727
atau emailkan pesanan anda kepada 
qas.nazeehahzaini@gmail.com

Terima Kasih

SELAMAT TAHUN BARU 2014


Diharap masih belum terlambat untuk kami mengucapkan Selamat Tahun Baru 2014 kepada semua pelajar, guru-guru sekolah, kaunselor-kaunselor, pengetua seklah dan pembaca blog lain. 
Semoga tahun baru kali ini lebih baik dari tahun-tahun sebelumnya.
InsyaAllah~
Teruskan membaca dan mendapatkan maklumat terkini mengenai peluang pengajian di luar negara ! 

( ^_^) V