Wednesday, 27 February 2013

Pengiktirafan Universiti

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh


Entri kali ini saya sediakan link untuk memudahkan pelajar atau ibubapa menyemak mengenai pengiktirafan universiti mengikut negara pilihan anda.







klik sini --- >>> PENGIKTIRAFAN JPA


Mudah-mudahan, link ini dapat membantu ibubapa dan pelajar.

Peluang Pengajian Perubatan di Mesir

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh

Ibubapa yang dihormati, 
Bakal-bakal Doktor, Doktor Gigi, Ahli Farmasi yang dikasihi.


Terima Kasih kerana meluangkan masa untuk berkongsi ilmu dan pengetahuan dengan membaca blog ini. Diharap, ilmu ini dapat dikongsi bersama ahli keluarga dan rakan-rakan yang lain.


Bidang perubatan merupakan bidang professional yang menjadi impian dan diminati oleh ramai pelajar.
Selain dari memikul tanggungjawab yang berat, kerjaya seorang doktor adalah mencabar dan mulia dan dihormati masyarakat.


Menjelang tahun 2020, Malaysia memerlukan 90,000 doktor untuk mencapai status negara maju. Namun sehingga 2010, hanya 30,000 doktor yang mendaftar dengan Kemeterian Kesihatan Malayasia. Justeru itu bagi mengisi kekurangan 60,000 doktor, Krajaan Malaysia menggalakkan pelajar-pelajar menceburi bidang perubatan samada di dalam negara mahupun di luar negara.


Terdapat beberapa negara yang menawarkan kursus dalam bidang perubatan. Namun, anda perlu bijak untuk memastikan universiti yang dipilih telah diiktiraf oleh Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia dan Malaysian Medical Council (MMC).


Mesir menawarkan kursus seperti Perubatan, Pergigian dan Farmasi di Universiti Alexandria, Universiti Tanta, Universiti Zagazig, Universiti Mansoura dan Universiti Al-Azhar.

Indonesia menawarkan kursus yang sama di Universitas Gadjah Mada, Universitas Padjadjaran, Universitas Brawijaya, Institut Teknologi Bandung, Universitas Sumatera Utara dan Universitas Airlangga.

Rusia menawarkan kursus perubatan di Russian State MEdical University, Kursk State Medical University dan Moscow Medical Academy/ I.M Schenov Moscow Medical Academy

Terdapat banyak lagi negara yang menawarkan kursus perubatan yang diiktiraf seperti India, China dan lain-lain.

Ambillah peluang ini untuk melanjutkan pengajian ke luar negara dengan berbekalkan keputusan SPM (bagi Mesir) dan keputusan Matrikulasi (bagi lain-lain). 



hubungi TOLL-FREE

1-800-888-727

untuk keterangan lanjut


Terima Kasih